this is me! ! !

this is me! ! !
no matter what other people say about us,do not easily give up,try to be the best among the best,life must go on,we must be strong and always adhere to the motto of our lives,GO IFFAH SYAHIRAH ! ! !

Monday, 1 April 2013

Saya dapat abang ipar #part1

nama saya Iffah Syahirah


seperti yang dijanjikan dalam entri sebelum ini, kisah terbina nya sebuah 'masjid' awwww ! saya dah ade abang ipar ! (tak batak pon)

aku fikir mak abah nak buat majlis biase biase je, sebab aku fikir nak bertunang je punnn, biasa lah kalau nak bertunang biar lah ala kadar je, rupa rupa nya nak nikah sekali , di atas permintaan bapa abg ipar aku. Whatttt ? Kenduri besar kot, tapi takde lah besa sangat, biase2 juga, mungkin sebab ade dua agenda dalam satu majlis so nampak majlis tu besar lah kot kan.


Siapa yang jadi kuli batak ? 

Well , dah boleh agak lah siapa kan ? Sudah pasti lah satu satu nya adik perempuan pengantin perempuan iaitu saya. Ditambah pula aku tengah cuti sem masa tu. Memang aku lah yang jadi bidan terjun untuk semua nya. 
1) Jadi driver pergi beli barang - walaupun aku takde lesen
2) Jadi tukang gubah hantaran - pon boleh
3) Jadi tukang jemput orang ramai
4) Jadi penghias bilik pengantin <- seriously ?
5) Mengemas rumah setiap hari <- selagi tak kenduri semua mak aku tengok tak kemas, so aku kene kemas
6) Deal dengan supplier <- makanan sikit
7) Jadi operator as telefon rumah aku hari2 berdering sejak mereka tahu kakak aku nak nikah

Bukan tu je, banyak lagi lah jugak kot, kot lah, tapi aku seronok buat semua tu, sebab aku happy dapat abang ipar ! yayyyy me :) 
Part paling tak boleh blah aku hias bilik pengantin, dengan langsir bagai semua tu, dah berapa kali pasang tak sesuai, berapa kali aku panjat2 tangga. Akhir nya semua orang tak suka. K foineeeeee ! bukak semua balik.

nama saya Iffah Syahirah

9 February 2013

Tibalah hari yang dinanti, malam tu rumah dah penuh dah, last preparation, dengan kawan kakak dari PD 3 kereta, ( seronok kot ramai membe2 datang ) Aku pulak sempat pergi launching #sincerelybyusshawls hari sebelum tu. Well , the only sis nak kahwen, kene lah glemer, kot2 lepas ni aku pulak kan.

Bangun je pagi tu lepas solat subuh mak aku suruh sapu sampah and vacuum , SEE ! tak habis habis lagi mak suruh aku mengemas. Lepas menyapu + touch up2 skit decoration rumah, kakak aku jerit suruh mandi. What ? Aku pun pergi mandi. Die suruh amik baju nikah die. Hai kakak, hari ni nak nikah hari ni baru nak amik, kenapa tak amik lusa je ? Lepas amik baju die , pergi beli breakfast tuk her friends. Her friends stay dekat chalet membe mak.

Sampai je rumah, si bob buat surprise !!! Die ckp xnak dtg sbb ade test kat uitm. Bestfriend tak kan buat macam tu. Iloveyou gemok haha. Bob datang awal kot. Die tolong angkat2 barang + masak. Semua makcik pkcik aku ingt die bf aku. kbai.

10:30 , bacaan tahlil bermula, 


Muka excited kakak ku, Pn. 'Iffah Syazwani semasa tahlil


Adik perempuan dan adik bongsu pengantin perempuan selepas tahlil. Me wearing #sincerelybyusshawls !

Lepas je tahlil, make up session bermula. Semua orang bersiap tuk majlis seterus nya pada pukul 2 iaitu majlis bertunang dan bernikah.


Ketibaaan rombongan dari pihak lelaki

 snap sementara menunggu pengantin lelaki 



 Dari kiri : ayah pengantin lelaki, pakcik aku ( speaker ) , abah ! 

 Tanpa wali kakak tidak dihijab kabul kan, inilah wali ku juga suatu hari nanti

 Laju betul mak mertua sarung cincin

 You all jangan main main, hantaran 17 vs 43 kottt ! ni dari pihak perempuan

 dari pihak lelaki

 Muka muka sebelum bahagia

 Abah hebat ! 
 Doa selepas dihijab kabulkan ! Alhamdulillah

 Suka kau kak dapat kawen awal . hahaha jeles !

 What is wrong ? 

 Tanpa mereka siapalah kami 6 beradik

 besan meet besan 

 Baju aku telah diimport jauh dari Sarawak. Sebenar nya hadiah dari abang ipar to kakak ipar. Tapi aku yang pakai.

cincin + gelang dari #onme (online shopping) tema hari itu Mr.Misai 

pari pari 

SELAMAT PENGANTIN BARU KAKAK ! 

SAYA SAYANG ANDA ! 
JANGAN LUPA SAYA !
SEMOGA BAHAGIA ! 
JADI ISTERI SOLEHAH !
SILA BELAJAR MASAK !

aku update blog sebab test market analysis esok cancel. 
kbai uolls :)

No comments:

Post a Comment